Pages

Saturday, November 27, 2010

Mathematics year 2

Pengenalan Isipadu Cecair

Pengenalan
 Matematik merupakan salah satu matapelajaran teras yang penting dalam dunia pendidikan sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Matapelajaran ini sebenarnya amat menarik dan skopnya sangat luas.  Ianya mempunyai satu daya tarikan untuk meningkatkan perkembangan minda kita. Matematik secara tidak langsung berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat berbagai-bagai perkara atau kemahiran dalam matapelajaran matematik.Sebagai seorang guru, saya rasa berbangga kerana masih dapat mendekati kaedah matematik yang melibatkan pengiraan, penolakan, penambahan,isipadu dan sebagainya.
Tugasan ini memerlukan saya mendalami satu topik dalam silibus Tahun 2 iaitu Isipadu Cecair (Volume of  Liquid) .Isipadu cecair  adalah merupakan salah satu cabang matematik yang banyak digunakan dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita membeli minyak masak di pasaraya, sukatan yang sedia ada untuk minyak masak kebiasaannya dijual dalam botol 1  liter, 3 liter serta 5 liter. Secara tidak langsung pembelajaran isipadu cecair boleh kita perkenalkan kepada murid tahun 2.
Isipadu cecair adalah salah satu topik yang agak mengelirukan murid terutamanya ketika membandingkan yang mana lebih atau kurang dengan saiz bekas yang berbeza.Secara amnya , pengukuran ada kesamaan dengan konsep nombor.Murid tahun 2 perlu mendapat pengetahuan tentang isipadu cecair.Mereka perlu didedahkan bagaimana mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair, membanding isipadu cecair,menyukat isipadu cecair tanpa unit standard dan dengan unit standard.
Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang berada di persekitaran kita seperti botol air,mangkuk, baldi atau cawan yang sudah semestinya digunakan setiap hari oleh murid.Murid perlu mengetahui apa yang disukat sebenarnya dan mereka perlu melakukan aktiviti tersebut.

Volume of liquid

Pengenalan kepada cecair.
lihat video klip di bawah.



Friday, November 26, 2010

Bahan Bantu Mengajar Isipadu Cecair

Bahan Bantu Mengajar Isipadu Cecair


 



    1)silinder penyukat
                                                                2)  bikar

 

               

                                  
3)cerek
                                    

                                                                       4)mangkuk



 5)botol air
                                                        6)jag air
                                             

7) gelas,mangkuk kecil dan bekas besar





Pemilihan Bahan Bantu Mengajar
            Terdapat  beberapa paparan gambar di atas yang menunjukkan alat bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair di dalam kelas.Sebenarnya banyak lagi alat yang boleh kita gunakan yang mana sesuai dengan tajuk isipadu cecair.
            Alat bantu mengajar yang praktikal dan mudah didapati menjadi pilihan saya.Saya memilih gambar yang ke 7  sebagai alat bantu mengajar.Ianya mudah saya perolehi dan saya bawa ke dalam kelas untuk kegunaan murid.Tetapi saya akan menukarkan gelas kaca kepada gelas plastik agar perjalanan aktiviti berjalan dengan  lancar.Alat bantu mengajar yang hendak kita gunakan haruslah bersesuaian,tidak mahal harganya dan mesra pengguna.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aras Tinggi

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aras Tinggi

Tajuk                           : Isipadu Cecair
Kelas                           :  2 Anggun
Sasaran                        : Murid aras tinggi
Subtajuk                :  Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai
  Objektif                       :  Murid boleh mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai serta   membandingkan isipadu cecair dalam bekas yang berbeza
Hasil pembelajaran        :  Murid menggunakan unit bukan piawai untuk membandingkan   isipadu cecair
Pengetahuan sedia ada  : Murid biasa menggunakan gelas untuk kegunaan harian
Bahan Bantu Mengajar : Baldi, Jag, gelas plastik

Langkah-langkah           :
·         Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Seoarang ketua perlu dilantik. Setiap kumpulan dibekalkan 1 baldi , 1 jag dan 2 gelas plastik.
·         Guru mengedarkan jadual isipadu cecair untuk merekodkan keputusan aktiviti setelah dijalankan.
·         Cuba bersoaljawab dengan murid samaada  bekas yang manakah boleh mengisi air yang banyak?
·         Minta murid anggarkan (soalan )
      Berapakah jumalah gelas plastik yang  digunakan untuk memenuhkan baldi ?
       Berapakah jumlah gelas plastik  yang digunakan untuk memenuhkan jag ?
·      Setiap kumpulan mula mengisi satu persatu bekas yang dibekalkan.Contohnya Salah seorang kumpulan A mengisi air ke dalam baldi.Ahlinya yang lain memerhati sambil merekodkan berapakah jumlah gelas plastik yang telah digunakan untuk memenuhkan isipadu baldi tersebut.
·      Seterusnya  setiap kumpulan mengisi pula jag dengan gelas plastik.Didalam senario ini, guru sengaja tidak membekalkan banyak gelas plastik kerana murid digalakkan supaya fokus ketika merekodkan jumlah gelas plastik yang digunakan.
·      Setelah keputusan diperolehi, murid diminta memberitahu berapa jumlah gelas yang digunakan untuk memenuhkan isipadu baldi dan jag.
·      Murid diminta membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan atas bimbingan guru.
·      Guru mengukuhkan bahawa isipadu baldi dan jag adalah sama iaitu sebanyak 6 gelas plastik yang digunakan.Kesimpulannya isipadu air adalah sama walaupun dengan bekas yang berbeza.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aras Rendah

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran aras rendah

Tajuk                           : Isipadu Cecair
Kelas                           :  2 Dedikasi
Sasaran                        : Murid aras rendah
Subtajuk                       :  Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai
  Objektif                        :  Murid boleh mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai serta   membandingkan isipadu cecair dalam bekas yang berbeza
Hasil pembelajaran          :  Murid menggunakan unit bukan piawai untuk membandingkan   isipadu cecair
Pengetahuan sedia ada    : Murid biasa menggunakan gelas untuk kegunaan harian

Bahan bantu mengajar    : gelas , mangkuk kecil, bekas besar, air sirap

Langkah-langkah           : 
·         Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Seorang ketua dilantik dalam setiap kumpulan.
·         Setiap kumpulan mendapat 2 bekas besar,1 biji gelas dan 1 mangkuk kecil.
·         Murid ditunjukkan 2 alat bukan piawai yang berlainan saiz iaitu  gelas dan  mangkuk kecil.Guru menyoal kepada murid bekas yang manakah boleh mengisi air yang lebih banyak.?
·         Respon..Mungkin ada murid yang menjawab gelas dan ada juga yang menjawab mangkuk kecil.
·         Setiap kumpulan diarahkan mengisi penuh air sirap yang dibekalkan ke dalam gelas dan mangkuk kecil yang disediakan.
·         Guru menyoal > Bekas manakah yang mengisi banyak air ?
·         Perbincangan dua hala dan bersama rakan kumpulan
·         Seterusnya setiap kumpulan memasukkan air di dalam gelas dan air di dalam mangkuk kecil ke dalam bekas A dan bekas B.
·         Setiap ketua kumpulan diminta membawa bekas A  dan bekas B ke meja hadapan.Adakah semua kumpulan mendapat hasil yang sama?
·         Lihat apa yang tertera.>Bekas manakah yang mempunyai kuantiti air sirap yang banyak dan bekas manakah yang mempunyai kuantiti  air sirap yang sedikit ?
·         Murid berbincang dalam setiap kumpulan.
·         Kedua-dua bekas  A dan B mempunyai kuantiti yang sama banyak.Ini bermakna guru boleh membuktikan bahawa isipadu air di dalam gelas dan mangkuk kecil adalah sama banyak.
·         Bekas yang rendah dan lebar tidak semestinya sikit berbanding bekas yang tinggi seperti gelas.
                    
                Bahan Bantu Mengajar

                                  2 bekas besar ,  1 gelas ,  1 mangkuk kecil (untuk setiap kumpulan )



2 bekas yang berbeza
(1 gelas dan 1 mangkuk kecil )


Bekas yang telah diisi air sirap



Bekas A dan Bekas  B yang mengandungi kuantiti yang sama banyak
Sukatan air dari gelas dan mangkuk kecil

Rujukan


Bibliografi

Sharipah Ab. Rahman et all(2010) HBMT 2103 Teaching Mathematics In YearTwo :Open Universiti Malaysia        
Rabiatul Adawiyah binti Hashim,Yap Poh Moi et al.(2003):Mathematics Year 2 Textbook Part 2: Multimedia Synergy Corporation Berhad