Pengenalan
Matematik merupakan salah satu matapelajaran teras yang penting dalam dunia pendidikan sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Matapelajaran ini sebenarnya amat menarik dan skopnya sangat luas. Ianya mempunyai satu daya tarikan untuk meningkatkan perkembangan minda kita. Matematik secara tidak langsung berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat berbagai-bagai perkara atau kemahiran dalam matapelajaran matematik.Sebagai seorang guru, saya rasa berbangga kerana masih dapat mendekati kaedah matematik yang melibatkan pengiraan, penolakan, penambahan,isipadu dan sebagainya.
Tugasan ini memerlukan saya mendalami satu topik dalam silibus Tahun 2 iaitu Isipadu Cecair (Volume of Liquid) .Isipadu cecair adalah merupakan salah satu cabang matematik yang banyak digunakan dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita membeli minyak masak di pasaraya, sukatan yang sedia ada untuk minyak masak kebiasaannya dijual dalam botol 1 liter, 3 liter serta 5 liter. Secara tidak langsung pembelajaran isipadu cecair boleh kita perkenalkan kepada murid tahun 2.
Isipadu cecair adalah salah satu topik yang agak mengelirukan murid terutamanya ketika membandingkan yang mana lebih atau kurang dengan saiz bekas yang berbeza.Secara amnya , pengukuran ada kesamaan dengan konsep nombor.Murid tahun 2 perlu mendapat pengetahuan tentang isipadu cecair.Mereka perlu didedahkan bagaimana mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair, membanding isipadu cecair,menyukat isipadu cecair tanpa unit standard dan dengan unit standard.
Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang berada di persekitaran kita seperti botol air,mangkuk, baldi atau cawan yang sudah semestinya digunakan setiap hari oleh murid.Murid perlu mengetahui apa yang disukat sebenarnya dan mereka perlu melakukan aktiviti tersebut.
No comments:
Post a Comment