Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aras Tinggi
Tajuk : Isipadu Cecair
Kelas : 2 Anggun
Sasaran : Murid aras tinggi
Subtajuk : Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai
Objektif : Murid boleh mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai serta membandingkan isipadu cecair dalam bekas yang berbeza
Hasil pembelajaran : Murid menggunakan unit bukan piawai untuk membandingkan isipadu cecair
Pengetahuan sedia ada : Murid biasa menggunakan gelas untuk kegunaan harian
Bahan Bantu Mengajar : Baldi, Jag, gelas plastik
Langkah-langkah :
· Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Seoarang ketua perlu dilantik. Setiap kumpulan dibekalkan 1 baldi , 1 jag dan 2 gelas plastik.
· Guru mengedarkan jadual isipadu cecair untuk merekodkan keputusan aktiviti setelah dijalankan.
· Cuba bersoaljawab dengan murid samaada bekas yang manakah boleh mengisi air yang banyak?
· Minta murid anggarkan (soalan )
Berapakah jumalah gelas plastik yang digunakan untuk memenuhkan baldi ?
Berapakah jumlah gelas plastik yang digunakan untuk memenuhkan jag ?
· Setiap kumpulan mula mengisi satu persatu bekas yang dibekalkan.Contohnya Salah seorang kumpulan A mengisi air ke dalam baldi.Ahlinya yang lain memerhati sambil merekodkan berapakah jumlah gelas plastik yang telah digunakan untuk memenuhkan isipadu baldi tersebut.
· Seterusnya setiap kumpulan mengisi pula jag dengan gelas plastik.Didalam senario ini, guru sengaja tidak membekalkan banyak gelas plastik kerana murid digalakkan supaya fokus ketika merekodkan jumlah gelas plastik yang digunakan.
· Setelah keputusan diperolehi, murid diminta memberitahu berapa jumlah gelas yang digunakan untuk memenuhkan isipadu baldi dan jag.
· Murid diminta membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan atas bimbingan guru.
· Guru mengukuhkan bahawa isipadu baldi dan jag adalah sama iaitu sebanyak 6 gelas plastik yang digunakan.Kesimpulannya isipadu air adalah sama walaupun dengan bekas yang berbeza.
No comments:
Post a Comment