Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran aras rendah
Tajuk : Isipadu Cecair
Kelas : 2 Dedikasi
Sasaran : Murid aras rendah
Subtajuk : Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai
Objektif : Murid boleh mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai serta membandingkan isipadu cecair dalam bekas yang berbeza
Hasil pembelajaran : Murid menggunakan unit bukan piawai untuk membandingkan isipadu cecair
Pengetahuan sedia ada : Murid biasa menggunakan gelas untuk kegunaan harian
Bahan bantu mengajar : gelas , mangkuk kecil, bekas besar, air sirap
Langkah-langkah :
· Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Seorang ketua dilantik dalam setiap kumpulan.
· Setiap kumpulan mendapat 2 bekas besar,1 biji gelas dan 1 mangkuk kecil.
· Murid ditunjukkan 2 alat bukan piawai yang berlainan saiz iaitu gelas dan mangkuk kecil.Guru menyoal kepada murid bekas yang manakah boleh mengisi air yang lebih banyak.?
· Respon..Mungkin ada murid yang menjawab gelas dan ada juga yang menjawab mangkuk kecil.
· Setiap kumpulan diarahkan mengisi penuh air sirap yang dibekalkan ke dalam gelas dan mangkuk kecil yang disediakan.
· Guru menyoal > Bekas manakah yang mengisi banyak air ?
· Perbincangan dua hala dan bersama rakan kumpulan
· Seterusnya setiap kumpulan memasukkan air di dalam gelas dan air di dalam mangkuk kecil ke dalam bekas A dan bekas B.
· Setiap ketua kumpulan diminta membawa bekas A dan bekas B ke meja hadapan.Adakah semua kumpulan mendapat hasil yang sama?
· Lihat apa yang tertera.>Bekas manakah yang mempunyai kuantiti air sirap yang banyak dan bekas manakah yang mempunyai kuantiti air sirap yang sedikit ?
· Murid berbincang dalam setiap kumpulan.
· Kedua-dua bekas A dan B mempunyai kuantiti yang sama banyak.Ini bermakna guru boleh membuktikan bahawa isipadu air di dalam gelas dan mangkuk kecil adalah sama banyak.
· Bekas yang rendah dan lebar tidak semestinya sikit berbanding bekas yang tinggi seperti gelas.
Bahan Bantu Mengajar
2 bekas besar , 1 gelas , 1 mangkuk kecil (untuk setiap kumpulan )
2 bekas yang berbeza
(1 gelas dan 1 mangkuk kecil )
Bekas yang telah diisi air sirap
Bekas A dan Bekas B yang mengandungi kuantiti yang sama banyak
Sukatan air dari gelas dan mangkuk kecil
No comments:
Post a Comment